Bahaya orang yang suka suka menyamar menjadi wartawan ini. Wardina Saffiyah mangsa terbaru aktiviti tidak sihat ini apabila dua kali di’ganggu oleh pemanggil lucah.
Seorang lelaki yang menamakan diri beliau sebagai Arif mendakwa
bekerja sebagai kakitangan salah sebuah stesyen TV dan ingin menembual
Wardina Saffiyah.
Namun, lelaki itu menolak untuk menyatakan beliau bekerja dengan
stesen TV mana & mula mengeluarkan kata kata lucah yang Wardina
Saffiyah sendiri malu untuk dedahkan.
Lelaki itu menelefon selebriti popular ini pertama kalipada jam 5.00
pagi namun panggilan tidak berjawab dan panggilan kedua pada 9.15 pagi
yang menyebabkan Wardina Saffiyah bertindak membuat laporan polis.
“… dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu
untuk sebut. Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan
perkara seperti itu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
-- Rotikaya
No comments:
Post a Comment