Ketika anda membaca entri ini, kemungkinan besar Rita Rudaini sudah dalam penerbangan ke kota suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama anak anak beliau.
Kita doakan yang terbaik & semoga mereka selamat pulang ke’sini
nanti. Dan ini berita baik untuk peminat Rita Rudaini dan drama bersiri
Malaysia khasnya melalui slot Samarinda, TV3.
Bermula esok 23 mei 2012, slot Samarinda akan di’serikan dengan sebuah drama bersiri baru dengan judul AMEERA arahan pengarah terkenal Murali Abdullah.
AMEERA menampilkan Rita Rudaini yang sudah lama tidak buat kemunculan
dengan drama bersiri sebagai teraju utama membawakan watak Ameera
di’samping Syamsul Yusof dengan watak suami bernama Ameer.
Drama bersiri 25 episod ini mengisahkan kepasrahan Ameera, walaupun
hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang dinikmati akhirnya
terjejas apabila mulai terasa kekosongan kerana masih belum dikurniakan
anak.
Atas desakan ibu mertua, akhirnya Ameera mencadangkan suaminya
mendapatkan isteri kontrak untuk melahirkan anak. Apakah tindakan Ameera
akan membawa kebahagiaan ataupun mencetuskan pelbagai masalah dalam
rumahtangganya nanti? Bermula esok di TV3 jam 9.30 malam.
-- rotikaya
No comments:
Post a Comment