Wednesday, May 23, 2012

Pos Malaysia Catat Untung Pracukai RM200.202 Juta Dalam Tempoh 15 Bulan

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM200.202 juta bagi tempoh 15 bulan berakhir 31 Mac, 2012 hasil daripada perolehan sebanyak RM1.481 bilion.

Ia mengubah tarikh akhir tahun kewangannya kepada 31 Mac daripada 31 Dis.

Kumpulan itu mencatat keuntungan operasi yang kukuh sebanyak 13.2 peratus atau RM177.8 juta.

Peningkatan itu disumbangkan oleh impak peningkatan tarif domestik berkuat kuasa 1 Julai, 2010, selain manfaat yang diperoleh menerusi inisiatif transformasi, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Rabu.

Pos Malaysia berkata segmen mel mencatat keuntungan operasi yang lebih tinggi sebanyak RM70.7 juta atau 62.7 peratus berikutan peningkatan perolehan mel sebanyak RM316.2 juta.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment