Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah antara 316 penerima darjah
dan pingat kebesaran sempena ulang tahun keputeraan ke-69 Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Menteri Besar Perlis
Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata Ismail akan menerima anugerah Darjah
Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut
menerima SPMP ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin
Abdullah dan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia Datuk Ir Mohd Noor
Yaakob.
Bercakap dalam sidang media khas di pejabatnya semalam,
Md Isa berkata Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan Tawau,
Sabah, Brig Jen Mohd Ezam Wan Chik merupakan penerima tunggal anugerah
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.
Tuanku
Syed Sirajuddin juga berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Panglima
Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk kepada lima
penerima.
Mereka ialah anak saudara Raja Perlis, Datin Tengku
Shireen Tengku Sulaiman, bekas Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Udara
Tengku Puan Sri Elena Tengku Kamarul Zaman, Pengarah Quantum-Ed Sdn Bhd
Tengku Datin Seri Zalila Tengku Kamarulzaman, Pakar Bedah Mulut,
Hospital Kuala Lumpur Dr Wan Mahadzir Wan Mustafa dan Pengarah Hospital
Tuanku Fauziah Kangar Dr Ahmad Nordin Mohd Jais.
Bekas Mufti
Negeri Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula ialah penerima
tunggal anugerah Dato' Bergelar apabila dikurnai anugerah gelaran Datuk
Arif Perkasa.
Md Isa berkata tujuh orang akan menerima darjah
kebesaran Setia Mahkota Perlis (SMP), 18 orang menerima Seri Sirajuddin
Perlis (SSP) dan 27 orang menerima pingat Ahli Mahkota Perlis (AMP).
Selain
itu, 63 orang menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP), 107 menerima Pingat
Jasa Kebaktian (PJK), 66 menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dan 18 orang
menerima Pingat Perkhidmatan Lama (PPL).
Beliau berkata majlis
penyampaian anugerah dan pingat akan dilakukan secara berperingkat
dengan siri pertama akan berlangsung di Istana Arau hari ini.
-- Bernama
No comments:
Post a Comment