BEIJING: Polis menahan bekas pegawai Parti Komunis kerana disyaki
memperkosa sekurang-kurangnya 10 gadis bawah umur, kata pihak berkuasa
dalam satu kes yang menyebabkan kemarahan di Internet.
Kenyataan pihak berkuasa berkata, bekas Timbalan Pengarah
Jawatankuasa parti itu di bandar Yongcheng, wilayah Henan, Li Xingong,
ditahan atas serangan seksual terhadap gadis bawah umur 18 tahun.
Katanya, “Kes itu akan disiasat dengan serius tanpa kelonggaran dan
mengikut undang-undang. Siasatan sedang dijalankan dan pengumuman akan
dibuat sebaik saja ada kemajuan.”
Berita itu menyebabkan pengguna web China marah dan semakin ramai
berani menyuarakan kemarahan mereka atas salah laku dibuat oleh pegawai
parti pemerintah, Parti Komunis. - AFP
No comments:
Post a Comment