BARU...KFC Pokkits dijual dengan harga promosi RM2.60. |
KFC Holdings Malaysia Bhd (KFCH) pengendali rangkaian restoran
makanan segera KFC, memperuntukkan RM2 juta bagi aktiviti pengiklanan
produk terbarunya, KFC Pokkits yang dilancarkan, semalam.
Timbalan Presiden KFC Semenanjung Malaysia, Alan Au berkata,
Malaysia adalah negara pertama melancarkan Pokkits di Asia Pasifik dan
akan berada di pasaran selama tiga bulan.
“KFC Pokkits ialah
inovasi jenama baru Yum! Brands Inc iaitu kon roti pita dipenuhi keju
Monterey Jack, cheddar, filet Zinger disaluti sos nanas dan mangga.
“Ia boleh didapati pada harga promosi RM2.60 selain dalam bentuk
kombo pada harga RM5.50 yang disajikan dengan minuman ringan. Kami
menyasarkan produk terbaru ini menyumbang enam peratus kepada jualan
bercampur semasa tempoh promosi ini,” katanya pada majlis pelancarannya
di Kuala Lumpur.
-- Harian Metro
No comments:
Post a Comment