KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tan Chong Motor Holdings Bhd
mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM46.187 juta dalam tempoh
suku pertama berakhir 31 Mac, 2012, susut daripada RM105.152 juta yang
direkodkan pada suku perbandingan sebelumnya.
Perolehan bagi tempoh suku itu berkurangan kepada RM982.599 juta berbanding RM1.131 bilion sebelumnya.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia Isnin, syarikat berasaskan industri automotif itu berkata penurunan prestasi itu disebabkan bencana alam yang berlaku dalam tempoh berkenaan, selain peraturan pinjaman Bank Negara Malaysia yang lebih ketat.
Ia berkata kejadian itu menghentikan bekalan dan permintaan.
Perniagaan utama syarikat, segmen perniagaan automotif, mencatat perolehan sebanyak RM972 juta, angka yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya ekoran kekangan stok model popular (seperti Navarra, Grand Livina dan Livina X-Gear) selain kos jualan yang lebih tinggi.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment