Bertuah badan menjadi isteri Yusry KRU. Dalam kenyataan kepada KOSMO! hari ini, Yusry KRU mengakui yang beliau mereka bentuk sebuah banglo untuk Lisa Surihani.
Rumah mewah yang bakal di’diami pasangan ini mengambil tempat
di Country Height Resort, Kajang sebuah kawasan perumahan elit &
di’jangka siap sekitar Julai 2012 ini.
Menurut Yusry KRU lagi, rumah tersebut sudah pun memulakan pembinaan
sekitar November 2012 yang lalu & ketika beliau ajukan tentang hal
rumah tersebut kepada Lisa Surihani, dia seakan tidak mahu mengambil
tahu.
“Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi,
tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami
serasi,” ujar Yusry KRU.
Perkembangan berkaitan, Lisa Surihani memberitahu GUA yang drama Dimanakah Juwitaku yang akan bersiaran di Astro Ria mungkin menjadi drama terakhir beliau.
“Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang
terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih
memilih,” ujar Lisa Surihani yang turut menafikan Yusry KRU ada campur
tangan dalam keputusan ini.
-- Rotikaya
No comments:
Post a Comment