KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin
menetapkan 5 Nov bagi perbicaraan pengerusi eksekutif National Feedlot
Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang
menghadapi dua tuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT) berjumlah RM49.7 juta.
Hakim S.M Komathy Suppiah memperuntukkan 15 hari bagi perbicaraan itu dari 5 Nov hingga 9 Nov, dan dari 3 Dis hingga 14 Dis.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua belah pihak perlu menentukan fakta dan isu dipertikaikan, yang dipersetujui, yang pendakwa ingin cabar.
Beliau juga berkata semua dokumen perlu disahkan sebelum pengurusan kes pada 8 Okt, dan pihak pembelaan perlu menerangkan tentang mana-mana dokumen dan bahan bukti lain pembelaan yang mereka cadang kemukakan.
Peguam Mohamad Salleh, Y. Seelan berkata pihak pembelaan memerlukan lebih masa untuk meneliti dokumen.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment