KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Skuad senior hoki kebangsaan perlu
menjadikan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak dari 24
Mei-3 Jun ini sebagai medan kebangkitan semula prestasi mereka, titah
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Tengku Abdullah Sultan Ahmad
Shah.
Baginda bertitah kegagalan skuad tersebut dalam beberapa kejohanan
sebelum ini perlu ditebus semula dengan mempamerkan aksi permainan yang
menghiburkan di hadapan penyokong sendiri.
"Penyerapan pemain skuad muda (skuad Projek 2013) dalam pasukan
tersebut, mudah-mudahan mereka (skuad senior) berjaya (dalam kejohanan
kali ini) walaupun kita tahu tahap pasukan yang bertanding merupakan
antara yang terbaik di dunia dan sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik
(London).
"Apa yang perlu kepada skuad (senior) ialah bermain dengan baik (di hadapan penyokong sendiri)," titah baginda.
Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas menyampaikan
insentif kepada skuad Projek 2013 yang mencipta kejayaan dengan
merangkul Kejohanan Piala Remaja Asia Ketujuh di Melaka minggu lepas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment