MENANG...Boon Heong-Kien Keat (kanan) mudah atasi lawan, semalam. |
“KAMI sedia dan saya cukup bersedia berdepan Malaysia pada perlawanan
terakhir kumpulan kerana kami tahu ini adalah peluang terbaik
menewaskan Malaysia di negara berkecuali,” tegas bekas pemain nombor
satu dunia, Peter Gade yang sekali lagi mengetuai kempen Piala Thomas
Denmark.
Gade mengaku Denmark kerap berasa kecewa setiap kali berdepan
Malaysia, apa lagi di bumi Malaysia seperti dua tahun lalu, namun kali
ini mereka mahu membalas dendam apabila memiliki kekuatan pemain yang
dianggap mengatasi skuad negara.
“Kami mengharapkan dua mata daripada beregu sambil satu lagi mata menerusi perseorangan kedua atau ketiga,” kata Gade.
“Untuk saya menghadiahkan satu mata berdepan Chong Wei agak mustahil
kerana dia terlalu mantap pada masa ini tapi dua lagi perseorangan mampu
menghadiahkan mata kemenangan.” Apa yang dikatakan Gade itu
membayangkan kekuatan Denmark di atas kertas, namun dia mengaku, setiap
kali berdepan Malaysia, apa yang diharapkan sering bertukar kekecewaan.
“Saya harap dapat berada di puncak prestasi ketika berdepan Chong Wei. Walaupun sedar dia pemain hebat, saya tidak akan menyerah begitu saja.
“Dua tahun lalu di suku akhir, Malaysia beroleh kelebihan beraksi di depan penonton sendiri tapi kali ini Wuhan adalah gelanggang berkecuali dan saya rasa kami lebih berpeluang melakukan kejutan,” kata Gade lagi.
Ketika Gade dan Jan Jorgensen diturunkan sebagai perseorangan pertama
dan kedua, perseorangan ketiga masih belum dapat dipastikan kerana
Hans-Kristian Vittinghus masih diulit kecederaan belakang hingga
menyaksikan pemain muda, Viktor Axelsen, 18 turun sebagai perseorangan
ketiga menentang Afrika Selatan kelmarin.
Bagi pemain muda itu, dia tidak gentar apabila diturunkan.
“Jika saya yang diturunkan sebagai perseorangan ketiga, saya tahu
yang kami (Denmark) ada cara untuk menewaskan Malaysia. Kami yakin dapat
ke suku akhir sebagai juara kumpulan C,” katanya.
--Harian Metro
No comments:
Post a Comment