Wednesday, May 23, 2012

Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia Dilancar

KUALA LIPIS, 24 Mei (Bernama) -- Selepas Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia, satu lagi perkhidmatan kesihatan untuk rakyat iaitu Klinik Pergigian Bergerak 1Malaysia dilancar.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata klinik itu bertujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada golongan yang tinggal di pedalaman.

"Kuala Lipis dipilih sebagai daerah pertama yang menerima klinik ini," katanya pada majlis pelancaran klinik berkenaan, di sini Khamis.

Beliau berkata kerajaan akan memperluaskan perkhidmatan baru untuk rakyat itu ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Katanya taraf kesihatan pergigian rakyat di negara ini dilihat masih belum sampai ke tahap yang memuaskan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment