KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Dagangan dua hala antara Malaysia dan
Jepun dijangkakan mencecah RM150 bilion tahun ini berbanding RM145.3
bilion tahun lepas, berikutan negara matahari terbit itu terus
memperoleh bahan mentah utama dan komoditi dari Malaysia, kata Duta
Besar Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura.
Jepun sangat memerlukan sumber semula jadi ini bagi membangunkan kawasan yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami tahun lepas.
Berdasarkan jumlah dagangan sebanyak RM37.7 bilion yang dicatat antara Januari dan Mac, beliau yakin unjuran itu boleh dicapai.
"Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, pergerakan barangan dan
perkhidmatan Malaysia-Jepun bernilai RM37.7 bilion, dengan eksport
Malaysia berjumlah RM22.3 bilion dan import sebanyak RM15.3 bilion.
"Tiga bulan pertama menunjukkan kita berada pada kedudukan yang baik
dan bakal mencatat paras RM150 bilion," katanya pada taklimat media di
sini Isnin.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment