Jangan garu kepala anda kerana kami sendiri sedang dalam keadaan keliru sekarang ini dengan dakwaan Melia Aimelia. Anda pasti ingat siapa Melia Aimelia. Pasti, lebih lebih lagi jika anda berjantina lelaki. #LOL
Melalui Mangga Online hari ini,
pelakon filem Melia Aimelia mendakwa yang hubungan cinta beliau bersama
salah seorang wartawan Melodi telah berakhir & kini hanya berkawan.
Wartawan yang di’maksudkan adalah Zuan Melodi yang saban minggu anda
tonton di kaca televisyen & khabarnya hubungan cinta mereka hanya
bertahan selama dua bulan.
“Sepanjang mengenali Zuan, dia seorang lelaki yang sangat baik,
menghormati orang, pandai buat lawak & comel orangnya. Namun faktor
kesibukan menjadikan kami tak boleh teruskan cinta ini,” ujar pelakon
itu baru baru ini.
Melia Aimelia turut mendakwa sepanjang hubungan cinta mereka
berlangsung, ada sahaja pihak menghubungi beliau mempersoalkan hubungan
mereka berdua sedangkan menurut pelakon ini kedua dua mereka single
& bebas untuk bercinta.
“Sejujurnya, saya masih menyayangi Zuan. Dalam masa yang sama saya
berserah kepada takdir. Sama ada kami kembali bercinta atau tidak,
biarlah ianya berlaku secara semulajadi. Buat masa ni lebih baik
berkawan saja,” tambah Melia Aimelia dalam temubual yang sama.
Sumpah confused.
--rotikaya
No comments:
Post a Comment