POH, 27 Mei (Bernama) -- New Zealand mengekalkan rekod tanpa kalah
untuk menerajui kedudukan pasukan apabila menumpaskan Pakistan 3-1 pada
Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di sini Ahad.
New Zealand kini mengutip sembilan mata manakala Pakistan menduduki tangga ketiga dengan tiga mata selepas dua perlawanan. Pakistan akan berdepan dengan Korea Selatan manakala New Zealand berehat esok.
Pada perlawanan kedua, Argentina berjaya mencatatkan kemenangan pertama apabila menang tipis 4-3 ke atas Korea Selatan.
Argentina akan menentang Great Britain manakala Korea Selatan bertemu Pakistan Isnin.
Pada perlawanan terakhir, Great Britain mencapai kemenangan kedua berturut-turut apabila menundukkan India 3-2. India akan menentang Malaysia Isnin.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment