Anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kelahiran Muar,
Zulkifli Hir, yang didakwa terbunuh dalam serangan udara tentera
Filipina Februari lepas, dipercayai masih hidup tetapi cedera parah.
Menurut
sumber perisikan serantau, Zulkifli yang lebih dikenali dengan nama
samarannya, 'Marwan', kini disembunyikan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau
Jolo dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Sumber itu, yang
enggan mendedahkan dirinya disebabkan maklumat tersebut amat sensitif,
juga berkata kumpulan Abu Sayyaf yang melindungi Zulkifli kerap
berpindah daripada satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak dikesan.
"Mereka
(kumpulan Abu Sayyaf) kerap berpindah kerana tekanan yang amat kuat
(daripada tentera Filipina yang dibantu tentera Amerika Syarikat),"
katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment